Beberapa kawasan dinaiki air, penduduk Taman Sri Muda bimbang banjir berulang

Beberapa kawasan dinaiki air, penduduk Taman Sri Muda bimbang banjir berulang

Hujan lebat disusuli peningkatan paras air di sebahagian kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, kembali mencetuskan ketakutan penduduk selepas teruk dilanda banjir, Disember lalu.

Ahli Persatuan Penduduk Taman Sri Muda Zon D, Anbarasan Many, berkata kawasan rendah di penempatan itu mengalami banjir kilat, dengan ketinggian air mencapai paras betis di beberapa tempat.

“Kami tidak pasti punca banjir ini, namun mungkin berlaku disebabkan longkang masih tersumbat susulan sampah, termasuk sisa kesan bencana banjir sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Katanya, bagaimanapun, paras air di sungai termasuk di pintu air, masih rendah.

Anbarasan berkata, penduduk di kawasannya ada mendengar siren banjir dibunyikan.

Taman Sri Muda masih dalam proses pemulihan susulan banjir yang menjejaskan penempatan berkenaan dan beberapa lagi kawasan di negara ini, pada Disember lalu.

Sekurang-kurangnya 25 mangsa banjir maut di Selangor, dengan kebanyakan kes kematian berlaku di Taman Sri Muda.

Dalam pada itu, seorang penduduk, P Paramasivam, 56, berkata air mula naik di jalanan berdekatan loji rawatan air, selepas hujan hari ini.

Katanya, hujan lebat pada 3 petang tadi hanya reda kira-kira 5 petang.

Paramasivam berkata, jalan di sekitar kawasan loji rawatan air itu sebelum ini kerap dilanda banjir sejak bertahun lamanya, namun tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Kami bernasib baik kerana kediaman kami terselamat kali ini. Tetapi, kami tetap berwaspada jika hujan lebat berlaku ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata keadaan paras air yang naik itu bagaimanapun mulai surut, kira-kira 5 petang tadi.

“Tiada laporan (banjir) yang diterima, pihak Bomba dan Penyelamat Shah Alam juga turun ke lokasi berisiko tinggi untuk banjir bagi meninjau. Setakat ini tiada laporan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya menurut laporan Bernama.

Menurut laporan itu, beberapa penduduk Taman Sri Muda juga kelihatan mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kenderaan mereka di atas jambatan, di Taman Sri Muda Seksyen 25. FMT

Beberapa kawasan dinaiki air, penduduk Taman Sri Muda bimbang banjir berulang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker