7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor

 

Hidangan mee bandung cukup sinonim dengan negeri Johor, khususnya di Muar. Ini kerana mee bandung memang berasal dari Muar. Keasliannya dikatakan hanya terdapat di daerah ini selepas diwarisi ahli keluarga sejak turun temurun. Sekiranya kebetulan anda melawat tempat menarik di Muar, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan enak ini. Kami akan senaraikan beberapa lokasi mee bandung Muar paling sedap untuk rujukan anda kelak.

Mee bandung setiap negeri, tetapi rasa mee bandung Muar ni lain ceritanya. Keenakan hidangan ini terletak pada kuahnya yang pekat, manis, dan penuh perisa. Lebih mengasyikkan jika ditambah dengan tulang gearbox.



Kalau diikutkan memang banyak sekali restoran mee bandung di Muar. Tapi tak semua sedap dan kena dengan selera. Oleh itu, kami kumpulkan beberapa restoran mee bandung sedap hasil rekomendasi netizen, rating di laman Google, dan buah mulut orang ramai.

#1 Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Nah, Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah adalah yang paling terkenal di Muar. Memang rugilah kunjungan anda ke daerah ini sekiranya tak cuba mee bandung Abu Bakar Hanipah.

Tempat makan menarik Muar ini mempunyai kuah yang pekat, kombinasi udang serta rempah ratusnya memang sempurna. Ditambah pula dengan  adanya daging yang melengkapkan rasa kuahnya. Kalau nak yang special, anda boleh tambah dengan sebiji telur. Memang memikat.



Punyalah famous Mee Bandung Abu Bakar Hanipah sehinggakan Sultan Johor sendiri pernah beberapa kali santap di sini dan pernah dikunjungi selebriti dan orang kenamaan.

Buktinya, pelanggan boleh lihat banyak foto orang kenamaan yang terpampang di dinding restoran.

Waktu operasi: 7 am – 4 pm | tutup pada Jumaat

Alamat:Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor



#2 Mee Bandung Udang Galah Muo Ori

Apakah yang menjadi pelengkap kepada hidangan meee bandung? Lauk yang banyak bukan? Lauk seperti udang galah sudah pasti membuatkan mee bandung bertambah sedap.

Kalau nak yang ada udang galah, anda boleh ke restoran Mee Bandung Udang Galah Muo Ori yang terletak di Jalan Kesang.

Bukan seekor, tetapi tiga ekor udang galah diletakkan dalam hidangan anda. Sudahlah kuahnya mantap, air rebusan udang ini pasti memikat seleran anda



Restoran ini menjadi sebutan ramai sebagai ‘mee bandung udang galah Muar’ sebab tak banyak kedai yang menyediakan udang galah bersaiz besar sepertinya.

Waktu operasi: 9 am – 11 pm

Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor

 



#3 Mee Bandung Abang Sayang

Nama Warung Abang Din Sayang ini agak catchy dan mudah melekat difikiran. Begitu juga dengan mee bandungnya.

Restoran ini nampak biasa sahaja dari luar. Tapi rasa mee bandungnya memang luar biasa. Tidak pernah lekang dengan pelanggan. Ada sahaja yang keluar masuk untuk menikmati hidangan popular selatan tanah air ini.

Lokasinya juga menarik iaitu terletak di medan selera di tepi Sungai Muar. Selain menjamu selera, bolehlah anda ambil angin segar. Tempat sebegini sesuai untuk lepak bersama rakan.



Waktu operasi: 8 am – 10 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: Muar town GM-02, Jalan Maharani, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

#4 Mee Bandung Hjh Milah

Kalau ditanya mee bandung Muar Tanjung Agas yang paling sedap, restoran Mee Bandung Hjh Milah lah jawapannya. Istimewanya mee bandung di sini terletak pada kuahnya yang membangkitkan selera.

Ia memiliki rasa pedas, manis, lemak, dan aroma air rebusan daging yang memikat. Restoran ini menyediakan 8 jenis mee bandung berbeza iaitu:

  • Ayam
  • Daging
  • Sotong
  • Udang
  • Kambing
  • Kerang
  • Biasa
  • Special

Selain mee bandung, pelanggan juga boleh cuba aneka rojak yang cuma berharga RM4 untuk satu hidangan.

Menariknya, restoran ini turut menjual Produk Perencah Mee Bandung Hjh Milah. Anda boleh menggunakan perencah dan memasak sendiri dirumah.

Waktu operasi: 10 am – 1 am | tutup pada Isnin

Alamat: Gerai No 8,Medan Selera Tanjung Agas,KM 1, Kampung Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor

https://mykmu.net/2020/09/30/8-tempat-makan-yang-sedap-dan-murah-di-johor-bahru-pasti-tidak-rugi-untuk-anda-cuba/

#5 Mee Bandung Muar Original Parit Bulat

Mencari mee bandung Muar viral? Singgah sahaja ke gerai Mee Bandung Muar Original Parit Bulat. Gerai ini hanya dibuka menggunakan ‘stall’ sahaja. Nampak ringkas, tapi rasa hidangannya membuatkan anda repeat kembali kunjungan anda ke sini.

Apa yang menarik dengan gerai ini adalah mee bandung Super nya. Hidangan Super mempunyai seekor sotong besar, udang, dan beberapa mussels. Kalau anda penggemar seafood, memang syoklah menjamu selera di sini.

  • Mee Bandung biasa – RM6
  • Mee Bandung Special (udang 5 ekor) – RM10
  • Mee Bandung Gearbox – RM12
  • Mee Bandung Super (udang + sotong + mussels) – RM15

Gerai berwarna hitam dan merah jambu ini bersih dan mempunyai persekitaran yang selesa.

Waktu operasi: 11 am – 10 pm

Alamat: Lot GG16 Pasaraya Smart Pandan JB

#6 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Tempat makan malam sedap di Muar ini memang sentiasa penuh. Masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati ikan bakar dan aneka seafood enak di sini.

Makanan lautnya segar dan pelanggan diberi bermacam macam pilihan. Sotong, ketam, ikan, udang, dan lala. Ia dimasak mengikut citarasa pelanggan.

Hidangan popular di sini sudah tentulah tomyam campur, sotong goreng tepung, dan siakap tiga rasa.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor

#7 Village Grill Cafe

Bagi anda yang inginkan masakan Barat, Village Grill Cafe menyajikan masakan Western di Muar yang best.

Pelbagai jenis masakan Barat yang boleh anda cuba di sini. Menu chicken chop, steak, lamb chop, burger, lasagne, spaghetti, dan lain-lain memang menjadi pilihan pelanggan.

Makanannya enak, hidangannya besar, dan ia dihias cantik bak hotel mewah.

Harganya agak mahal, tetapi masih relevan dan berbaloi dengan rasa dan portion hidangan. Tidak hairanlah sekiranya Village Grill ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan.

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Alamat: 152, Jalan Bakariah, Kampung Parit Setongkat, 84000 Muar

Sekiranya nak mee bandung Muar yang paling sedap, jangan main pilih sahaja. Sebab terlampau banyak restoran mee bandung di sana. Semoga artikel ini membantu anda dalam memburu mee bandung sedap!

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Orang Johor! Check Out 7 Tempat Untuk Hunt Roti Canai Sarang Burung Yang Sedap & Berbaloi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker