PRNJohor: Khaled Nordin tidak bertanding

PRNJohor: Khaled Nordin tidak bertanding

JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga bekas menteri besar Johor, menafikan akan membuat kemunculan semula sekali gus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohamed Khaled yang juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang, berkata beliau tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Tidak, saya tidak akan bertanding dan tidak menawarkan diri untuk bertanding pada PRN Johor.

“Saya merasakan Datuk Hasni Mohammad (Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor) melakukan kerja yang baik menerajui negeri.

“Kita perlu beri peluang dan pendedahan kepada pemimpin muda untuk bertanding. Ini adalah keputusan saya walaupun ada pihak mendakwa saya akan bertanding, itu adalah tidak benar,” katanya kepada BH, hari ini

Pada 14 Januari lalu, Mohamed Khaled berkongsi gambar beliau menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini, sekali gus menimbulkan spekulasi beliau bakal membuat kemunculan semula dan bertanding pada PRN Johor nanti.

Khaled sebaliknya menjelaskan, pertemuan bersama Sultan Johor itu sekadar bertanya khabar di samping membincangkan isu semasa membabitkan negeri Johor termasuk isu banjir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mohamed Khaled tewas di kerusi DUN Permas apabila mendapat 20,047 undi kepada Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (BERSATU) yang memperoleh 28,793 undi, dengan majoriti 8,746 undi.

Ditanya desas desus beliau akan dicalonkan di DUN dalam daerah Kota Tinggi yang juga antara kubu kuat UMNO di Johor, Mohamed Khaled, menolak dakwaan itu.

“Tidak…tidak. Isu ini tidak timbul. Itu bukan keutamaan saya mahu pun UMNO.

“Kena faham kita nak pastikan Johor kembali stabil dan kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding perkara lain,” katanya. BH

PRNJohor: Khaled Nordin tidak bertanding


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker