Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais, Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras [VIDEO]

Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais, Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras [VIDEO]

ST PETERSBURG, RUSIA – Seorang wanita dikhuatiri mati akibat dihanyutkan arus deras selepas melompat masuk ke dalam sebuah lubang ais di sebatang sungai yang membeku di St Petersburg, Rusia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mangsa berusia 40 tahun itu dilaporkan bertindak demikian bagi melaksanakan upacara keagamaan bagi ajaran Kristian Orthodox Epiphany.

Berdasarkan sebuah video yang tular, ibu kepada dua anak itu melompat ke dalam Sungai Oredezh sebelum ditarik arus deras di hadapan anak-anaknya.

VIDEO DIBAWAH:-

Seorang lelaki yang dipercayai suaminya kemudian melompat masuk ke dalam lubang ais tersebut bagi mencari mangsa namun dia gagal ditemui.

Anggota penyelam penyelamat turut gagal menemui mayat mangsa.

Ketika kejadian, wanita yang bekerja sebagai peguam itu memakai sehelai pakaian renang sebelum membuat isyarat tanda salib, lantas menutup hidungnya serta melompat ke dalam sungai yang ketika suhu mencecah sekitar -5 darjah Celsius.

Penganut agama Kristian Orthodox Epiphany percaya bahawa air tersebut adalah suci untuk digunakan dalam upacara tahunan tersebut yang dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. – AGENSI / Daily Mail

Selepas Lompat Ke Dalam Sungai Ais, Seorang Wanita Dikhuatiri Mati Dihanyutkan Air Deras [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker