PRNJohor: KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim
PRNJohor: KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim
JOHOR BAHRU: Kongres India Muslim (KIMMA) akan mendekati kira-kira 68,000 pengundi di negeri ini menerusi jentera Jalinan Rakyat (JR) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata KIMMA yang mempunyai 216 cawangan di Johor mengambil tindakan tepat dengan memulakan langkah awal mengatur gerak kerja bagi mendekati pengundi mereka di negeri ini.
“KIMMA selaku parti gabungan UMNO sudah mulakan Program Retreat Kimma dan gerak gempur jentera pilihan raya, dengan seramai 100 ahli JR difahamkan akan diberikan kursus sepanjang Program Retreat Kimma berlangsung.
“Ahli JR KIMMA ini akan mendekati pengundi India Muslim di Johoryang dianggarkan seramai 68,000. Daripada jumlah itu seramai 48,326 adalah ahli Kimma,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program retreat dan gerak gempur jentera Kongres Islam Muslim Malaysia (KIMMA), di Bangunan UMNO Johor, di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Setiausaha Agung KIMMA, Hussain Jamal dan Pengerusi KIMMA Johor, Datuk Anwar Sadat.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, isu kerusi sama ada akan diperuntukkan kepada KIMMA atau tidak pada PRN Johor, tidak dibincangkan pada program terbabit.
“Hal kerusi tidak dibincangkan kerana ia akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,” katanya.
Sementara itu, Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, berkata ahli JR KIMMA sudah mendapat pendedahan awal dan latihan sewaktu PRN Melaka pada November.
“Sewaktu PRN Melaka, KIMMA menghantar ahli JR dari Johor untuk membantu UMNO menghadapi PRN di sana. Selain itu ia juga sebagai latihan kepada ahli JR Kimma untuk berdepan dengan PRN.
“Kita harap dapat terus mendekati lebih pengundi India Muslim sewaktu PRN Johor kali ini supaya mereka terus menyokong BN,” katanya. BH
PRNJohor: KIMMA dekati 68,000 pengundi India Muslim
Baca Artikel Menarik :
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai
Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA