Sudah boleh berpolitik, benarkan juga guru berjawatan aktif kesatuan – KGMMB

Sudah boleh berpolitik, benarkan juga guru berjawatan aktif kesatuan – KGMMB

Kerajaan disaran meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang hanya membenarkan guru gred DG41 hingga DG48 tidak berjawatan, aktif dalam persatuan atau kesatuan, selepas kebenaran diberikan kepada setiap lapisan pendidik untuk berpolitik seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Mengemukakan saranan itu, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) berpendapat, jika kelulusan serta-merta untuk guru berpolitik boleh dibuat, golongan pendidik gred DG41 hingga DG48 berjawatan seperti penolong kanan, guru besar atau pengetua juga harus dibenarkan memegang jawatan, khususnya dalam kesatuan guru.



Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik, berkata Akta Kesatuan Sekerja 1959 sewajarnya dipinda bagi membolehkan pendidik DG41 hingga DG48 yang berjawatan, aktif berpersatuan atau dalam kesatuan memandangkan golongan itu sudah dibenarkan terbabit dalam politik.

“Akta yang hanya membenarkan guru DG41 hingga DG48 tidak berjawatan, memegang jawatan atau terbabit dalam kesatuan guru adalah satu keperluan. Namun jika kelulusan serta-merta guru boleh berpolitik, guru gred DG41 hingga DG48 berjawatan seperti penolong kanan sekolah, guru besar atau pengetua juga harus dibenarkan memegang jawatan, khususnya dalam kesatuan guru.

“Ini akan membuka ruang untuk penjawat gred DG41 hingga DG48 berjawatan menyuarakan pendapat atau inisiatif untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

“Apa yang penting sekarang adalah usaha semua pihak untuk sama-sama memantapkan sistem pendidikan negara yang semakin mencabar dan peranan pendidik dalam melahirkan generasi berkualiti secara intelektual,” katanya kepada BH, hari ini.



Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memberi kebenaran kepada semua guru sekolah serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara untuk berpolitik berkuat kuasa serta-merta sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan sebelum ini golongan berkenaan dilarang untuk berpolitik.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) diminta segera mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran berkenaan sekiranya masih belum ada.

Jasni berkata, KGMMB menerima secara terbuka dan bersetuju dengan keputusan membenarkan guru serta petugas KEMAS berpolitik, namun ia memerlukan had kawalan kendiri oleh individu terbabit.

Katanya, golongan yang terbabit dalam politik selepas ini perlu sentiasa mengawal diri dan mengetahui batasan dengan membezakan situasi sebagai guru dan ahli politik.



“Apabila berada di sekolah, sebaiknya guru memberi tumpuan kepada pelajar dan tugas sebagai pendidik. Mereka perlu sentiasa bijak mengawal batasan seperti berhujah membabitkan pengaruh politik di kawasan sekolah. Ia perlu dilakukan secara profesional dan elak sebarang pertikaman lidah atau bermasam muka,” katanya. BH

Sudah boleh berpolitik, benarkan juga guru berjawatan aktif kesatuan – KGMMB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik



Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker