Kemelut BAM dan Lee Zii Jia, Peja beri jalan keluar

IPOH- Beberapa cadangan akan dibangkitkan dalam pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ahmad Faizal bagaimanapun enggan memperincikan perkara itu termasuk cadangan kepada BAM untuk menarik semula keputusan tidak mendaftarkan Zii Jia daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa.

“Sudah tentu saya ada bayangan dan cadangan yang akan diusulkan. Namun, saya fikir tidak sesuai untuk saya kongsi dengan orang ramai sebelum saya berjumpa mereka.

“Kita sama-sama doakan agar kedua-dua pihak dapat mencari solusi terbaik untuk negara. Berkaitan (menarik semula sekatan), akan saya bincangkan dalam pertemuan itu nanti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pendigitalan Perniagaan anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Sementara itu, ditanya bilakah pertemuan tersebut akan diadakan, Ahmad Faizal berkata, ia akan dijalankan dalam masa terdekat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker