15 pelajar terselamat, asrama Maahad Tahfiz terbakar

15 pelajar terselamat, asrama Maahad Tahfiz terbakar

YAN: Seramai 15 pelajar terselamat selepas asrama pondok Maahad Assyatirie dua tingkat di Dulang Besar, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang itu, kesemua mereka terselamat kerana menyertai aktiviti di luar sebelum menyedari asap tebal di atas sebelah kiri asrama pelajar berkenaan.

Bahagian atas pondok Maahad Tahfiz kelas B itu dijadikan sebagai asrama pelajar manakala tingkat bawah pula dijadikan surau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 6.32 petang.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggotanya dari BBP Yan yang turut dibantu pasukan BBP Guar Chempedak serta dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Padang Lembu dan Guar Chempedak digegaskan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, api didapati sedang marak di tingkat atas pondok dan operasi pemadaman dilakukan untuk mengelak api terus merebak.

“Api dapat dikawal pada jam 6.49 petang sebelum dipadam sepenuhnya jam 8.24 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Fauzi berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, kebakaran di tingkat atas pondok itu membabitkan kemusnahan 80 peratus.

“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Mohammad Aliff Haikal Mohd Sofi, 28, berkata dia menghubungi pihak bomba sejurus ternampak asap tebal bersebelahan rumahnya.

Katanya, api ketika itu semakin marak menyebabkan bahagian atas bangunan musnah. BH

15 pelajar terselamat, asrama Maahad Tahfiz terbakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker