Terpaksa Guna Pakaian ‘Bundle’ Tutup Lubang Jalan

Terpaksa Guna Pakaian ‘Bundle’ Tutup Lubang Jalan

RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Bukit Perah dan Kubang Darat di sini terpaksa mengambil inisiatif sendiri menggunakan pakaian terpakai atau ‘bundle’ untuk menutup lubang di laluan berkenaan.

Langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak serta mengurangkan kerosakan pada kenderaan.

Wakil penduduk, Ismail Hassan, 67, berkata, kerosakan jalan sejauh 1.6 kilometer (km) berlarutan sejak dua tahun lalu menyebabkan ramai penduduk berdepan bahaya, terutama pada waktu malam.

“Lebih membahayakan lagi apabila laluan itu tiada lampu jalan membuatkan pengguna terpaksa sepanjang menggunakan laluan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.

Katanya, terdapat lebih 10 lubang besar melibatkan kedalaman kira-kira 0.2 meter.

Sementara itu, menurut Ismadi Hamzah, 46, jalan tersebut digunakan kira-kira 600 penduduk dan merupakan laluan alternatif menghubungkan antara Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Wakil penduduk menunjukkan kerosakan jalan di Kampung Bukit Perah yang melibatkan sejauh 1.6 km.

Katanya, ia juga merupakan laluan utama pelajar untuk ke beberapa sekolah berhampiran.

“Sejak pembelajaran secara bersemuka dibenarkan awal bulan lalu, ia menyukarkan pelajar ke sekolah terutama yang berbasikal.

“Beberapa aduan telah dibuat namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil, malah keadaan jalan semakin teruk,” katanya.

Menurutnya, ini meresahkan penduduk dan berharap tindakan segera dapat dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Abdul Rasul Muhamed berkata, pihaknya sudah mengetahui masalah tersebut.

“Kita sudah mengangkat masalah tersebut ke pengetahuan Jabatan Pembangunan Jajahan untuk menurap semula laluan berkenaan.

“Bermula tahun baharu, ia dalam proses penyenaraian. Bulan Febuari sebut harga baru dikeluarkan selepas itu tindakan akan diambil,” katanya.-SH

Terpaksa Guna Pakaian ‘Bundle’ Tutup Lubang Jalan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker