Jeff Bezos tubuh makmal kaji rahsia hidup abadi

Jeff Bezos tubuh makmal kaji rahsia hidup abadi

Bilionair Jeff Bezos dilaporkan menggaji saintis-saintis dalam usaha mencari rahsia untuk hidup selama beratus-ratus tahun menerusi firma anti penuaan baharunya bernama Alto Labs, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pegawai Eksekutif Amazon itu turut mengupah seorang pakar terkemuka dari syarikat pengeluar ubat-ubatan GlaxoSmithKline bernama Hal Barron yang berusia 59 tahun.

Syarikat baharu itu dikatakan mempunyai dana mencecah £2.2 bilion (RM12.5 bilion) untuk mengkaji teknik pengaturcaraan sel revolusioner yang membantu manusia mengelakkan semua penyakit dan hidup lebih lama.

Firma bioteknologi itu turut disertai pasukan ahli sains termasuk dalam kalangan pemenang-pemenang anugerah Nobel.

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang sekali seumur hidup untuk memimpin syarikat yang begitu unik ini dengan misi yang transformatif bertujuan mengelakkan penyakit,’’ jelas Barron yang akan memulakan tugas pada Ogos ini.

Syarikat yang akan berpangkalan di Cambridge dan California itu telah menarik minat sebilangan profesor universiti kerana menawarkan gaji setaraf dengan bintang sukan.

Dana datang daripada sebilangan pelabur termasuk Bezos yang menyumbang sekitar £138 juta (RM785.17 juta) dan mogul internet Rusia, Yuri Milner yang menghulurkan £3.7 juta (RM21.05 juta). K Online

Jeff Bezos tubuh makmal kaji rahsia hidup abadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker