Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19, Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu [VIDEO]

Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu

Elak lakukan aktiviti berat serta guna pakai tenaga berlebihan selama sekurang-kurangnya seminggu selepas divaksin bagi mengelak menghidapi radang otot jantung atau miokarditis.

Jelas Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi, Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr Zulkifli Ismail, seperti jangkitan penyakit lain, vaksin seperti virus akan menyerang organ yang paling aktif dan apabila beriadah, jantung menjadi sasaran dan boleh membawa risiko kegagalan fungsi jantung.

Penyakit ini boleh merisikokan golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak.

“Miokarditis boleh berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti berlebihan selepas vaksin. Jika tidak sihat seperti demam, selesema dan melakukan aktiviti berat itu, virus akan menyerang organ yang aktif.

“Ketika melakukan aktiviti berat itu organ paling aktif adalah jantung,” jelasnya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.

Tambah Dr Zulkifli, beberapa panduan perlu diikuti sebelum dan selepas mengambil vaksin termasuk bagi semua golongan antaranya pastikan mereka sihat sebelum mengambil vaksin.

Tempoh selepas divaksin adalah paling penting dengan memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Antara simptom yang boleh dikesan sekiranya mengalami miokarditis adalah seperti sakit dada, jantung berdebar laju serta demam.

Jesterus rawatan segera diperlukan bagi mengelak komlikasi lebih termasuk serangan jantung dan strok.-AA

Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker