Isu Azam Baki, ‘PSC akan minta pandangan penasihat undang-undang’

SHAH ALAM – Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan meminta pandangan Penasihat Undang-Undang Parlimen sebelum memanggil semula, Tan Sri Azam Baki bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Pengerusinya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tindakan itu perlu selepas Mesyuarat PSC bagi agensi-agensi di bawah JPM Bil 1 Tahun 2022 yang dijadualkan pada Rabu terpaksa ditangguhkan kerana dibantah oleh Azam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pada Rabu terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) Parlimen.



“Dengan mengambil kira beberapa isu berbangkit selepas surat dihantar Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) kepada Azam dan mendapat maklum balas daripada beliau kemudiannya, maka saya arahkan SUDR mendapatkan pandangan PUU terlebih dahulu.

“PUU mungkin perlu mengambil masa untuk meneliti kes ini, kerana ianya agak rumit dan tidak dapat memberikan jawapan sebelum Rabu ini. Oleh itu, terdapat cadangan daripada beberapa ahli jawatankuasa agar mesyuarat tersebut ditangguhkan dan saya telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Penangguhan ini telah dimaklumkan kepada 9 ahli jawatankuasa yang terbabit,” katanya kepada wartawan Sinar Premium.

Sebelum ini media melaporkan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada hari ini ditangguhkan selepas Azam mengemukakan bantahan.

Azam membantah cadangan agenda yang ditetapkan mesyuarat itu yang yang mahu beliau hadir untuk mendapatkan penjelasan mengenai skandal pemilikan pegangan saham.



Ahli Parlimen Selayang, William Leong sebelum ini dipetik sebagai berkata, Abdul Latiff telah memaklumkan kepada semua lapan ahli mengenai bantahan Azam.

William turut memaklumkan bahawa beliau telah meminta agar Abdul Latiff mengumumkan terma rujukan untuk siasatan tersebut.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker