Tips hilangkan pijar tangan selepas pegang cili

Tips hilangkan pijar tangan selepas pegang cili

Seorang pakar perubatan berkongsi tips cara yang perlu dilakukan sekiranya tangan pijar selepas memegang cili.

Berdasarkan perkongsian di laman sosial Twitter, Pakar Perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, cili mengandungi capsaicin dan sebatian ini akan merangsang reseptor deria sakit sekiranya kena kulit kita akan rasa pijar, jika kena lidah kita akan rasa pedas.



Katanya, sekiranya cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ini sukar hendak tanggal dari kulit, namun walaupun tidak larut air, capsaicin ini boleh larut dalam minyak atau lemak.

“Keadaan tangan pijar boleh dihilangkan dengan menggunakan susu kerana susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

“Seterusnya, minyak juga boleh digunakan jika rasa macam membazir untuk menggunakan susu. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun,” katanya.

Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid seperti cuka boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya namun jika tiada cuka boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.



Kemudian, capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Ia boleh digunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar dan perlu digunakan dengan banyak.

Akhir sekali, gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.

“Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran contohnya perlu gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa,” jelas Kamarul. K Online

Tips hilangkan pijar tangan selepas pegang cili




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker