6 polis ditahan ketika berhibur, seorang positif ganja

Mereka ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) malam Sabtu lalu.

6 polis ditahan ketika berhibur, seorang positif ganja

Enam anggota polis dari sebuah IPD di Perak ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Sitiawan, malam Sabtu lalu.

Dalam serbuan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) itu, anggota terbabit disyaki sedang berhibur dengan seorang wanita warga Indonesia yang turut ditemukan dalam bilik karaoke pusat hiburan berkenaan, kira-kira 11.30 malam.



Berita Harian yang memetik sumber berkata, satu paket serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin turut ditemukan.

Katanya, seorang anggota beragama Islam dikesan mengambil minuman keras, manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dengan operasi dijalankan bersama JAIP bagi mengesan pelanggaran dan salah laku dilakukan oleh anggota.

“Siasatan kes akan dikendalikan JIPS di IPK Perak dan pada masa ini siasatan membabitkan sudut tatatertib.



“Terdapat situasi dan keadaan yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman, namun siasatan akan dibuat apabila ada anggota terbabit dikesan positif dadah dan minum minuman keras,” katanya. FMT

6 polis ditahan ketika berhibur, seorang positif ganja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker