Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis

Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat serius yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19.

Katanya, dia tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan buruk adalah golongan minoriti tetapi menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa.

“Banyak aduan tentang kesan yang serius selepas dos ketiga. Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami. Tidak guna untuk menafikan.

“Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

“Namun ramai juga yang datang jumpa saya cerita kesan yang mereka alami. Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga. Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Mohd Asri mencadangkan penangguhan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan garis panduan dengan jelas mengenai siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga atau penggalak itu.

“State of denial (berada dalam penafian) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka. Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya.

Mohd Asri sebelum ini menyatakan kebimbangan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital selama lebih seminggu selepas keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. FMT

Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker