Bayi meninggal dunia akibat Covid-19 di Qatar

DOHA – Seorang bayi berusia tiga minggu telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Qatar, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bayi itu tidak mempunyai penyakit keturunan lain, tambah kenyataan tersebut.

Pada tahun lalu, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 di Qatar.



Kematian kanak-kanak akibat Covid-19 jarang berlaku tetapi pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara telah merekodkan peningkatan dalam jangkitan kanak-kanak sejak penyebaran varian Omicron.

Menurut kementerian negara itu, anak-anak muda secara amnya kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk berbanding orang yang lebih tua.

Namun, sebilangan besar kanak-kanak dijangkiti dalam gelombang semasa ini dan memerlukan rawatan perubatan berbanding gelombang Covid-19 sebelumnya.

Qatar yang kaya dengan minyak secara rasmi merekodkan hampir 300,000 kes koronavirus dan kira-kira 600 kematian serta mempunyai jumlah penduduk lebih dua juta orang. – Agensi



Bayi meninggal dunia akibat Covid-19 di Qatar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker