PRN Johor dalam masa terdekat tapi keputusan akhir dibawah Sultan Johor



SHAH ALAM – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) Johor seolah-olah mengesahkan spekulasi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu berkemungkinan diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ADUN Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menegaskan segala keputusan terakhir adalah terletak di bawah kebijaksanaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menentukan perkara terbaik untuk rakyat.

Jelas beliau, adalah lumrah bagi mana-mana kerajaan negeri dipimpin UMNO yang berdepan masalah majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tipis mendapat sokongan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dalam mewujudkan solusi pembentukan kerajaan lebih stabil.

“Memang tiada info lanjut, tetapi PRN Johor macam akan berlaku cuma saya tidak pasti bila.

“ADUN-ADUN BN pun masih belum diberikan isyarat memandangkan kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Johor atas nasihat Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad.




“Mengenai sokongan MKT, saya tidak pasti sebab bukan ahli MKT. Tetapi lumrah biasa bagi mana-mana negeri yang berdepan kedudukan sokongan tidak kukuh akan disokong MKT bagi membolehkan satu solusi kestabilan kerajaan dicapai,” katanya kepada Sinar Premium.

Mengulas lanjut, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor mendedahkan kesemua ADUN BN kini reda dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pelaksanaan PRN.

Di sebalik pelaksanaan PRN Johor mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat, Sharifah Azizah berkeyakinan kesinambungan hubungan antara parti-parti yang membentuk kerajaan Pusat masih belum ‘mati’.

Secara peribadi, beliau yakin sejumlah 16 ADUN BN akan akur dengan segala keputusan pucuk kepimpinan parti sekiranya percaturan politik dibuat adalah demi mengukuhkan kedudukan parti.

“Lagipun, sekiranya PRN Johor diadakan sekarang, saya yakin UMNO dan BN bakal memperolehi kemenangan besar disebabkan rakyat pun sudah menyesal sebab salah memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Dengan BN bakal bertanding pada keseluruhan 56 kerusi DUN, tidak mustahil selain kemampuan rampas kesemua enam kerusi DUN disandang Parti Amanah Negara (Amanah), kami juga berpeluang besar mencuri sebahagian besar kerusi DUN Bersatu kelak,” ujarnya.




Di sebalik kemungkinan UMNO dan BN bakal bertanding solo sekiranya PRN berlangsung, Sharifah Azizah yakin hubungan kerjasama di antara parti-parti yang mentadbir kerajaan Pusat pada ketika ini masih belum lagi ‘mati’.

Mengambil contoh pelaksanaan PRN Melaka tidak menjejaskan kedudukan kerajaan pusat, beliau juga membayangkan sebarang perubahan tidak dijangka dari sudut hubungan antara parti-parti dalam kerajaan boleh berlaku pada masa hadapan kerana senario politik negara yang dinamik.

PRN Johor dalam masa terdekat tapi keputusan akhir dibawah Sultan Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Leave a Reply

Your email address will not be published.