Terowong Sepanjang 10.79km Bawah Tasik Paling Panjang Di China

Terowong Sepanjang 10.79km Bawah Tasik Paling Panjang Di China

BEIJING: Sebuah terowong lebuh raya sepanjang 10.79 kilometer (km) dan berada di bawah sebuah tasik air tawar di China serta terletak di wilayah Jiangsu, timur negara berkenaan telah dibuka untuk kegunaan pengguna-pengguna kenderaan baru-baru ini.

Terowong di bawah air tawar yang paling panjang di negara itu berada di bawah Tasik Taihu di wilayah tersebut dan menurut pegawai kerajaan di wilayah tersebut, terowong berkenaan dibina dengan kos lebih AS$1 bilion (RM4.18 bilion).

Tasik Taihu ialah tasik air tawar yang ketiga terbesar di negara itu.

Ia mula dibina pada pada 9 Januari 2018 dan terowong tu adalah sebahagian daripada Lebuh Raya Changzhou-Wuxi sepanjang 43.9 kilometer (km).

Lebih dua juta meter padu konkrit digunakan untuk membina terowong tersebut yang memiliki enam lorong dan selebar 17.45 meter.

Bagaimanapun, ia masih belum dapat mengatasi terowong bawah laut paling panjang di dunia di Norway.

Terowong Ryfast di Norway itu sepanjang 14.3km dan menghubungkan bandar Stavanger dan Strand.-SH / Xinhua

Terowong Sepanjang 10.79km Bawah Tasik Paling Panjang Di China

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker