Rebah, meninggal dunia selepas tunduk ambil bulu tangkis

Rebah, meninggal dunia selepas tunduk ambil bulu tangkis

Taiping: Lelaki rebah dan meninggal dunia selepas mengambil serta menyerahkan bulu tangkis kepada rakannya ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.50 malam dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa yang lengkap berpakaian sukan itu terbaring di lantai gelanggang.

Menurutnya, pemeriksaan pada mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Lim Thian Meng, 47, dan maklumat dengan rakannya memaklumkan mangsa bermain badminton bersama rakannya pada 8.30 malam.

“Mangsa dikatakan menunduk untuk mengambil bulu tangkis dan diserahkan kepada rakan dan terus rebah serta tidak sedarkan diri.

“Seorang pemain yang berada di lokasi kemudiannya menghubungi Hospital Taiping dan pemeriksaan petugas ambulans yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, maklumat daripada ahli keluarganya mengesahkan mangsa ada menghidap penyakit darah tinggi dan mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Taiping, manakala proses bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi,” katanya. HM

Rebah, meninggal dunia selepas tunduk ambil bulu tangkis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker