Khaled tegaskan BN kekal bertanding solo
Umno melalui BN kekal dengan pendirian untuk bertanding secara sendirian ketika spekulasi bertiup kencang berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, berkata pendirian Umno tidak berubah dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN.
“Saya juga tegaskan kepada ahli parti bahawa pendirian kita jelas dan tidak berubah.
“Umno melalui BN akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya
Mohamed Khaled menegaskan perkara itu ketika meninjau persiapan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keembong dalam kawasan DUN Johor Jaya malam tadi.
Pada 20 Nov tahun lalu, BN bergerak solo dalam PRN Melaka yang menyaksikan gabungan itu menang besar apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.
Sebelum itu pada 28 Mac tahun lalu, ketika Perhimpunan Agung Umno, Presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno akan bertanding secara sendirian pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Presiden Umno itu berkata, parti itu akan kekal dengan pendirian yang dibuat selaras keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Bersatu, PKR dan DAP dalam PRU15.
Semalam, pemimpin politik Johor menyifatkan khabar angin DUN Johor akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam masa terdekat sebagai ‘ spekulasi.
Bagaimanapun Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai, berpendapat kerajaan negeri sedang bersedia ke arah pembubaran DUN selepas Tahun Baru Cina.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled mengingatkan MCA supaya memainkan peranan mengembalikan semula sokongan pengundi Cina.
“Walaupun Johor Jaya di bawah pembangkang, tetapi ahli Umno kekal setia dan bekerja keras untuk pastikan BN kembali menawan semula kerusi DUN Johor Jaya.
“Saya juga tekankan kepada MCA bahawa sangat penting mereka bekerja kuat dan memainkan peranan membawa semula pengundi kaum Cina kembali kepada BN,” katanya.
Khaled tegaskan BN kekal bertanding solo
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Crab Rangoon Viral Gila
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
You must be logged in to post a comment.