Ini duit kerajaan, bukan duit bank – Noh
“Ini duit kerajaan, bukan duit bank.”
Demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang mahu institusi kewangan mempermudah permohonan pembiayaan pinjaman kepada usahawan luar bandar.
Menurut beliau, kementeriannya semalam menyediakan peruntukkan skim pembiayaan berjumlah RM62 juta yang diuruskan oleh Bank Rakyat dan SME Bank.
“Pinjaman itu dibuka khas kepada semua usahawan luar bandar termasuk mereka yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).
“Justeru, saya meminta Bank Rakyat dan SME Bank mempermudahkan urusan permohonan pembiayaan sehingga RM50,000 itu tanpa sebarang cagaran atau syarat tambahan,” katanya selepas meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1 di sini, petang tadi.
Jelas Noh, pihaknya memahami masalah dihadapi usahawan luar bandar terutama yang terjejas banjir dan Covid-19 ketika ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa pembiayaan RM40 juta bagi Bank Rakyat dan RM22 juta (SME Bank) itu adalah dana kerajaan dan bukannya pihak bank. Kita mahu semua proses itu dipermudahkan bagi memberi peluang kepada usahawan memulihkan kembali perniagaan mereka,” ujarnya.
Tegas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, pemohon yang berdepan kesulitan untuk membuat pinjaman itu boleh membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk tindakan lanjut.
“Namun, mereka masih perlu memenuhi syarat sedia ada yang ditetapkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia (Tekun Nasional). Sebagai contoh, kita mengutamakan usahawan muda dan mereka yang benar-benar serius mahu menjalankan perniagaan,” katanya. Utusan
Ini duit kerajaan, bukan duit bank – Noh
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Wan Fayhsal kena kecam kedunguan, didakwa ‘tunggang’ kematian Shebby Singh
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’