Guru sandaran terima gaji RM119 untuk dua bulan

Wanita ini bekerja menerima gaji sebanyak RM119 bagi dua bulan selepas bekerja dua hari seminggu. – TikTok

JAKARTA – Sebuah hantaran seorang guru sandaran di Indonesia yang mendedahkan jumlah gaji yang diterima menjadi tular di media sosial kerana nilainya yang amat rendah, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita memberitahu bahawa dia baru bekerja selama dua bulan sebagai seorang guru sandaran.

Dalam klip video tersebut dia berada di hadapan rumah selepas pulang dari mengambil gajinya selama dua bulan.

“Hari ini saya pergi ke sekolah untuk mengambil gaji selama dua bulan. Mahu lihat berapa gaji guru sandaran? Kerja dua hari seminggu, dan inilah gaji saya selama dua bulan,” kata wanita tersebut.



Dia kemudiannya menunjukkan sekeping kertas bertuliskan jumlah gaji yang diperoleh iaitu sebanyak 410,000 rupiah (RM119).

Perkongsian wanita itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa terkejut melihat gaji yang begitu rendah diterima oleh seorang pendidik.

“Wira yang tidak didendangkan,” komen seorang pengguna media sosial.

“Kerja buruh bangunan pun boleh dapat gaji 150,000 rupiah (RM43.84) sehari,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI



Guru sandaran terima gaji RM119 untuk dua bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker