Ayda elak babak intim

Ayda elak babak intim

HIDUP berumah tangga harus saling menyayangi, memahami dan menghormati sesama pasangan. Apatah lagi, jika kedua-duanya adalah ‘public figure’ atau dikenali.

Justeru, penting untuk sedar mengenai batas dalam lakonan dan atas sebab itu, penyanyi serta pelakon Ayda Jebat, 31, enggan lagi melakonkan babak bersentuhan dan terlalu romantis.



Ayda yang kini muncul dengan drama Bukan Cinta Sempurna terbitan Global Station Sdn Bhd di Astro Ria berkata, dia sudah berehat lama daripada lakonan kira-kira tiga tahun selepas kali terakhir berlakon pada 2019.

“Bukan tiada tawaran lakonan, tapi ketika 2020 itu berlaku penularan Covid-19 dan saya juga mahu fokus pada nyanyian. Kemudian, saya bertunang, berkahwin dan memiliki anak pula. Jadi, saya putuskan beri tumpuan pada keluarga.

“Apapun, tak sangka juga saya masih ada rezeki dalam lakonan untuk drama Bukan Cinta Sempurna ini. Sejujurnya, saya memang dah rindu nak berlakon, tapi kenalah pastikan tawaran lakonan yang nak diterima itu sesuai.

“Saya juga amat tertarik dengan watak Qistina dalam drama ini yang disifatkan kena dengan jalan cerita kekeluargaan ingin dipaparkan. Selain, ia adalah karya adaptasi daripada telenovela popular Colombia, Cafe Con Aroma,” katanya.



Berganding dengan pelakon Fadlan Hazim dan Amar Baharin yang berstatus suami orang, Ayda berkata dia amat berhati-hati. Jelasnya, banyak hati perlu dijaga terutama suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir.

“Nabil adalah suami yang sangat memahami dan bersikap terbuka terhadap kerjaya saya dalam bidang seni ini. Malah, dia juga sukar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

“Seorang suami yang sangat sabar dan sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Jadi, sebagai isteri sewajarnya saya tidak mahu terlalu ambil mudah di atas kepercayaan yang diberi itu. Saya bimbang jika kesabarannya teruji nanti,” katanya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, meskipun Nabil tidak pernah meletakkan sebarang syarat apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, tetapi dia bersyukur memahaminya sendiri.



“Bagi saya, sebelum dia tegur lebih baik berjaga-jaga. Walaupun Nabil selalu sebut, dia okay saja dan tidak apa-apa, tapi saya suka kata-kata itu kerana ia seperti satu peringatan. Ditambah, saya pun tak boleh teka apa yang ada di dalam hatinya.

“Kadang-kadang, memanglah dia tak kata apa, namun sebagai isteri, saya kenalah peka dan faham-faham sendiri. Takkanlah bila dah ‘meletup’,” baru nak sedar diri dan faham,” katanya.

Terdahulu, Ayda ditemui media di set penggambaran drama Bukan Cinta Sempurna di sebuah kafe di Bangi, Selangor, baru-baru ini. Drama 50 episod ini diarahkan Azri Izhar dan MP Roslin Md Sharif.

Selain Ayda, Fadlan dan Amar, Bukan Cinta Sempurna turut dibarisi pelakon lain seperti Datuk Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Datuk Raja Shah Rezza, Shah Iskandar, RJ Helmy dan ramai lagi.



Tidak mahu bersentuhan

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Nabil sejak 1 Januari 2021, Ayda kini hamil anak kedua, lima bulan. Pasangan ini sudah dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla kini berusia dua tahun.

Berbicara mengenai bersentuhan, Ayda berkata, sebelum masuk ke set penggambaran lagi dia sudah berbincang dengan pihak penerbit dan pengarah. Malah, dia juga selesa bertukar pendapat dengan rakan pelakon.

“Dalam drama ini, Fadlan yang jadi ‘hero’ saya sebagai Luqman. Kami jadi suami isteri dan mestilah ada babak romantis. Tapi, saya maklumkan padanya tidak mahu bersentuhan dan dia sangat menghormati keputusan itu.



“Jadi, apabila ada babak nak kena mesra, kami berdua akan fahamkan skrip dulu dan berbincang. Pernah saya cadangkan babak tolak Fadlan ke dalam kolam renang bagi menunjukkan kemesraan antara Qistina dan Luqman.

“Sebenarnya hendak wujudkan babak mesra membabitkan pasangan, tidak perlu bersentuhan pun. Ada pelbagai cara yang boleh kita sebagai pelakon buat untuk lakonkan babak itu. Cuma, kena kreatif.

“Penonton drama masa kini pun dah faham dan boleh terima kalau tidak bersentuhan. Asalkan jalan ceritanya tak rosak. Lagi pula, tak semestinya nak kena bersentuhan, baru boleh dapat ‘chemistry’,” katanya.

Mengulas pula mengenai kelahiran anak kedua, Ayda berkata dia dijangka bersalin pada Disember depan. Katanya, dia juga tidak pasti berapa lama akan bercuti daripada karier lakonan kerana mahu fokus pada penjagaan anaknya. HM



Ayda elak babak intim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker