Populasi Harimau Malaya di hutan negara kini kurang 150 ekor
Populasi Harimau Malaya di hutan negara kini kurang 150 ekor
LEBIH seabad yang lalu, dianggarkan 100,000 harimau berkeliaran dalam hutan di muka bumi ini.
Namun dari masa ke masa, jumlah itu mencatatkan kemerosotan secara mendadak disebabkan oleh kemusnahan habitat dan aktiviti pemburuan haram secara berleluasa.
Memetik laporan Tabung Hidupan Liar (WWF), populasi harimau liar di peringkat global mencecah paras terendah pada 2010, iaitu dianggarkan sebanyak 3,200.
Laporan tersebut menyebut, jerat antara faktor yang menyumbang kepada kepupusan harimau di Kemboja, Laos dan Vietnam, seterusnya mengancam spesies itu di seluruh rantau ini.
Di sesetengah negara, konflik manusia-harimau adalah salah satu penyumbang terbesar kepada kepupusan haiwan itu, di mana populasi harimau di Hong Kong dilaporkan pupus pada 1940.
Sementara itu, Singapura – negara jiran Malaysia – kehilangan spesies itu 10 tahun sebelum kepupusan di Hong Kong, dengan harimau liar terakhir dilaporkan dibunuh di Kampung Choa Chu Kang pada 1930.
Permintaan terhadap aktiviti perdagangan haram hidupan liar juga telah menyebabkan kepupusan harimau.
Dilaporkan ketika ini hanya Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Thailand yang masih mempunyai populasi harimau liar.
Tetapi sedarkah kita bahawa populasi Harimau Malaya atau Panthera Tigris Jacksoni di hutan negara kini dilapor berjumlah kurang daripada 150 ekor?
Persoalan yang berlegar sekarang, bagaimanakah pihak berkaitan di negara ini mampu memastikan spesies yang dikenali sebagai ‘Pak Belang’ itu tidak pupus ditelan zaman?
Di Kazakhstan misalnya, harimau diisytiharkan pupus sekitar 70 tahun lalu, dan kerajaan negara itu mengambil langkah melaksanakan program pembiakan semula.
Susulan ancaman kepupusan harimau liar pada masa depan, pemimpin di 13 negara termasuk Malaysia memutuskan bertindak dan bekerjasama mencapai matlamat menggandakan bilangan harimau di hutan menjelang 2022.
Di bawah inisiatif dikenali sebagai Tx2, kempen pemulihan global dengan matlamat tinggi itu menandakan satu titik penting terhadap pemuliharaan harimau.
Persoalannya, dengan langkah yang diambil itu, adakah ngauman Pak Belang mampu dikembalikan? – Awani
Populasi Harimau Malaya di hutan negara kini kurang 150 ekor
Baca Artikel Menarik :
- Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
- Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
- Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
- Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
- Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
- Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
- Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
- Isteri serang kekasih gelap suami
- Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
- Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
- “Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000
Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat