Bersatu sedia hadapi PRN Johor jika dilaksanakan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan untuk berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jika ia diadakan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat sebagai persediaan ke arah PRN termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu sentiasa adakan mesyuarat dan akan memastikan rakyat di negara ini tahu siapa kepimpinan terbaik bagi kepentingan negara,” katanya seperti dilapor Kosmo, hari ini.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa PRN Johor akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan negeri kini hanya mempunyai kelebihan majoriti satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.
Bagaimanapun, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak menyatakan sebarang pendirian khusus ketika ditanya mengenainya.
Katanya, meskipun tidak selesa dengan keadaan terkini Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hanya mempunyai kelebihan satu kerusi, tiada sebarang isu yang berbangkit melibatkan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin seperti dilapor portal tempatan berkata, tiada mana-mana pihak pun termasuk Perikatan Nasional (PN) yang mahukan PRN diadakan, kecuali UMNO.
“Kalau boleh PN dan Bersatu tidak mahu PRN, namun kita terpaksa bersiap sedia kerana nampak gayanya UMNO dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu ia diadakan dalam masa terdekat.
“Namun saya hairan kerana alasan digunakan UMNO bahawa kerajaan negeri sekarang dalam keadaan kurang stabil kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27 kerusi DUN sebelum ini adalah tidak munasabah.
“Sebenarnya tiada siapa pun termasuk Pakatan Harapan (PH) mahu pun wakil rakyat PN berniat menjatuhkan kerajaan negeri sekarang,” katanya.
Bersatu sedia hadapi PRN Johor jika dilaksanakan
Baca Artikel Menarik:
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis