Pelitup muka PU Riz, Neelofa dinobatkan The Best New Brand of The Year

Pelitup muka PU Riz, Neelofa dinobatkan The Best New Brand of The Year

JENAMA Markaz Tijaari milik pasangan selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.

PU Riz, 27, berkata, pencapaian itu bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang melebihi 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.



“Alhamdullillah, pelitup muka Nun Ha dapat terjual banyak hingga dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.

“Pelitup muka ini sebagai ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik.



“Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilancarkan tahun lalu, pelitup muka atau Facemasks Nun Ha ini terjual dengan lebih dari 800,000 helai,” katanya kepada URTV.

Menurut Riz, kejayaan yang dicapai itu adalah rezeki Allah biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

Sementara itu, Riz dalam hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif orang.

“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia. Tetapi mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.



“Jadi kepada anda yang sedang atau masih lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik atau kawan yang negatif, maka berhentilah kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan. Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezeki daripada Allah tidak boleh dihalang,” ungkapnya. Utv

Pelitup muka PU Riz, Neelofa dinobatkan The Best New Brand of The Year


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker