Ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 7 hari bermula esok

Ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 7 hari bermula esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan (ketara) bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 19 Januari ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Penumpuan angin yang berlaku di Sarawak dijangka berterusan sehingga 15 Januari ini. Keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak.

“Sementara itu, MetMalaysia telah mengemas kini amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada melibatkan negeri Sarawak pada pukul 1 tengah hari, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Pantai Timur Semenanjung termasuk timur Johor dan Sabah diramal berterusan sehingga 16 Januari depan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya. K Online

Ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 7 hari bermula esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker