Perayaan Thaipusam: Perarakan kavadi tidak dibenarkan

Perayaan Thaipusam: Perarakan kavadi tidak dibenarkan

Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique mengumumkan bahawa semua kuil Hindu di seluruh negara yang bakal merayakan perayaan Thaipusam pada 18 Jan ini perlu menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, di bawah SOP fasa 4 PPN, ini bermaksud perarakan kavadi tidak dibenarkan manakala individu berumur bawah 18 tahun tidak dibenarkan menghadiri perayaan itu.

“Semua kuil di seluruh negara akan digunapakai SOP yang sama. Cuma jumlah kehadiran penganut berbeza mengikut saiz ruang kuil,” katanya dalam sidang media di pejabat HRDCorp, Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Halimah turut mengumumkan bahawa pergerakan kereta pedati dibenarkan dengan syarat hanya disertai oleh pihak pengurusan kuil, sementara penganut tidak dibenarkan termasuk dilarang menunggu di lokasi hentian kereta pedati berkenaan.

Menurutnya, bilangan penganut di Kuil Sri Subramaniam, di Batu Caves pula dihadkan kepada 6,000 orang sehari. Mk

Perayaan Thaipusam: Perarakan kavadi tidak dibenarkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker