Angkara jambatan runtuh, jenazah diusung rentasi sungai

Angkara jambatan runtuh, jenazah diusung rentasi sungai

JELEBU – Penduduk di Kampung Sungai Rotan, Jelebu di sini terpaksa mengusung jenazah merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan alternatif yang menghubungkan lokasi berkenaan terputus sejak bencana banjir yang lalu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurut Jalaluddin, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.

“Pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah runtuh akibat dilalui lori yang lebih muatan.

“Sejak jambatan itu runtuh, permohonan untuk jambatan dibina semula kepada kerajaan negeri telah dilakukan.

“Saya dapat maklumat sudah terdapat kontraktor yang dilantik untuk bina semula jambatan itu, namun sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan,” kongsinya.

Jelas beliau, keadaan ketika itu tidak terlalu mendesak kerana terdapat satu lagi jambatan alternatif yang merentasi sungai untuk ke tanah perkuburan tersebut.

“Tapi Allah itu Maha Besar. Perancangannya lebih baik daripada perancangan manusia. Ditakdirkan Tuhan, jambatan alternatif itu juga telah runtuh akibat bencana banjir tempoh hari.

“Dan ini adalah kes kematian pertama yang terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan tersebut setelah ketiadaan kedua-dua jambatan perhubungan itu,” kongsinya. K Online

Angkara jambatan runtuh, jenazah diusung rentasi sungai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker