Nora, Fasha dah lama berbaik

Nora, Fasha dah lama berbaik

Pelakon Nora Danish, 41, mengakui persengketaan yang pernah timbul antaranya dan Fasha Sandha, 39, beberapa tahun lalu sudah lama diselesaikan dan kini hubungan sudah kembali harmoni.

Nora berkata, apa yang berlaku antara mereka adalah cerita lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi, malah menganggap hubungannya bersama Fasha seperti keluarga.



“Sebenarnya, hubungan saya dengan dia (Fasha) memang sudah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah merancang sampai hendak berjumpa.

“Tapi kalau terjumpa, terserempak, Alhamdulillah sebab kami dikira keluarga juga. Tak ada apa dah, perkara ini pun sudah lama berlalu,” katanya.

Terdahulu, perselisihan faham antara Nora dan Fasha yang dipercayai membabitkan hal peribadi, memuncak pada 2017 sehingga tindakan undang-undang diambil, namun mereka sepakat menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah pada 2018.

Bagaimanapun, ketika sambutan Aidilfitri tahun ini, mereka bergambar bersama dengan memuatnaik dalam media sosial ketika berkunjung ke kediaman bekas keluarga mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.



Dalam pada itu, Nora berkata, memasuki fasa usia ketika ini, dia lebih memilih berdiam diri daripada memberi sebarang respon berhubung isu semasa kerana dikhuatiri akan berbalik kepada diri sendiri.

“Bagi saya, netizen sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muatnaik sesuatu dalam media sosial saya akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.

“Saya lebih selesa sekarang dan fokus apa yang patut sahaja. Kalau tak perlu, saya takkan muat naik apa-apa dalam media sosial. Berkenaan isu semasa pun saya jarang komen sebab takut perkara itu berbalik kepada diri sendiri.

“Kadang-kadang kalau lantang cakap mengenai hal orang, kalau kena pada diri barulah tahu. Sebab itu, saya lebih mendiamkan diri dan bercakap bila perlu sahaja. Isu-isu semasa selalu sahaja tengok, tapi saya tak bersuara,” katanya.



Nora ditemui pada sesi fotografi filem Sayu Yang Syukur bersama pelakon Datuk Aaron Aziz di Domitys Bangsar, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai filem Sayu Yang Syukur, Nora berkata, dia teruja menantikan tayangan naskhah arahan Aaron yang dihasilkan pada 2015 itu.

“Saya masih teruja menantikan filem Sayu Yang Syukur menemui penonton di pawagam walaupun ia sudah siap dihasilkan kira-kira lapan tahun lalu dan pastinya banyak perubahan sudah berlaku.

“Tapi, ini adalah filem pertama lakonan saya bersama Aaron dan dia juga menjadi pengarah untuk filem ini. Apa yang saya harapkan, penonton dapat menerima dengan baik filem ini,” katanya.



Selain Nora dan Aaron, filem terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Arja Lee, Mohd Khafairie, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Raja Emma dan ramai lagi.

Filem Sayu Yang Syukur akan menemui penonton di pawagam mulai 28 Disember depan. BH

Nora, Fasha dah lama berbaik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker