Bekas Pengerusi MARA Inc yang dilepas dan dibebaskan akan didakwa semula di mahkamah Sabah

Sebaran :

Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) Mohammad Lan Allani dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, daripada dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sebanyak RM10 juta.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai, memohon supaya Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan dia akan didakwa semula atas kedua-dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada Februari atau Mac ini.

Peguam Teh See Khoon yang mewakili tertuduh, memohon jaminan RM400,000 dikurangkan kepada RM300,000 memandangkan pihak pendakwaan menggugurkan dua pertuduhan itu dan anak guamnya memerlukan wang tersebut untuk membayar jaminan apabila dia didakwa semula di Sabah. Allan Suman tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM300,000 dan mengekalkan syarat tambahan sebelum ini, iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.



Sementara itu, Allan Suman juga memohon supaya prosiding perbicaraan bagi 20 pertuduhan rasuah yang dihadapi Mohamad Lan yang sepatutnya bermula 24 Jan ini di Mahkamah Sesyen di sini, dilapangkan kerana pihak pendakwaan perlu mengemas kini saksi pendakwaan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 23 Mei ini.

Sementara itu, seorang lagi peguam mewakili Mohammad Lan, K Kumaraendran memberitahu pemberita bahawa anak guamnya akan didakwa semula di Sabah kerana transaksi wang dalam kes tersebut melibatkan bank di negeri itu, selain saksi-saksi yang akan memberi keterangan juga dari negeri berkenaan.

Bekas pengerusi Mara Inc ditahan, bakal didakwa rasuah RM33.45 juta

Pada 5 Feb tahun lalu, Mohammad Lan didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang sebanyak RM10 juta daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya di CIMB Bank ke akaun semasa dan akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad, juga miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah, pada 10 Dis 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) (AMLA) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamad Lan juga didakwa atas 20 pertuduhan rasuah berjumlah RM20.45 juta membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk di Maybank Cawangan Mont Kiara dan Solaris Mont Kiara, dekat sini, antara September 2012 dan 26 Julai 2013 dan di CIMB Bank Jalan Sagunting, Central Building, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Dis 2012.



Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Bekas Pengerusi MARA Inc yang dilepas dan dibebaskan akan didakwa semula di mahkamah Sabah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.