Arab Saudi ‘digegar’ dengan Samba

Arab Saudi ‘digegar’ dengan Samba

RIYADH – Pihak berkuasa di Arab Saudi sedang melakukan siasatan susulan persembahan samba oleh penari yang berpakaian mencolok mata yang tular di media sosial negara itu.

Video berkenaan menunjukkan tiga penari samba warga asing mempamerkan tarian mereka di Jazan.

Wanita-wanita yang mengambil bahagian dalam Pesta Musim Sejuk Jazan, memakai bulu berwarna-warni yang melambangkan tradisi Brazil dengan kaki, lengan dan perut mereka tidak ditutup.

TV El-Ekhbariya milik kerajaan menyiarkan rakaman festival itu tetapi mengaburkan imej wanita berkenaan.

Acara itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam acara tersebut dihukum.

Di Arab Saudi, kebanyakan wanita tempatan masih memakai jubah tradisional semasa khalayak ramai.

Berdepan dengan tindak balas orang ramai, Gabenor Jazan, Putera Mohammed bin Nasser mengarahkan siasatan dan “langkah-langkah perlu untuk mencegah semua penyalahgunaan.”

Namun beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung kenyataan tersebut. – The New Arab

Arab Saudi ‘digegar’ dengan Samba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker