Empat Pengunjung Pantai Korban Serangan Ikan Piranha, 20 Cedera

Empat Pengunjung Pantai Korban Serangan Ikan Piranha, 20 Cedera

Empat orang pengunjung sebuah pantai di Paraguay terbunuh manakala 20 yang lain cedera dengan mereka dipercayai diserang oleh ikan piranha, lapor akhbar Daily Mail .

Salah seorang daripada mangsa yang terkorban merupakan seorang pemuda berusia 22 tahun. Mangsa  dilaporkan hilang daripada ahli keluarganya ketika berada di kawasan pantai tersebut.

Keluarga mangsa kemudian menghubungi polis dan selepas pencarian selama 45 minit dilakukan, mayat lelaki tersebut ditemui dengan banyak kesan luka akibat serangan ikan pemangsa ganas itu.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang berenang di Sungai Paraguay, Itá Enramada yang terletak di selatan ibu negara, Asuncion pada 2 Januari lalu.

Pemeriksaan forensik mengesahkan mangsa diserang oleh ikan piranha itu yang menyasarkan wajahnya ketika berada di dalam air.

Adalah di luar kebiasaan untuk piranha bertindak begitu agresif tetapi terdapat banyak serangan di rantau berkenaan.

Seorang lelaki berumur 29 tahun turut maut di sungai Paraguay tersebut yang terletak berhampiran bandar Puerto Rosario. Mayat mangsa ditemui dengan kesan-kesan luka selepas dia dilaporkan hilang.

Dua yang lain terbunuh di Sungai Tebicuary di Misiones, manakala mayat mereka terdapat kesan gigitan ikan piranha, demikian lapor akhbar La Nacion.

Menurut seorang ahli biologi tempatan, Julio Javier Capli, ikan piranha boleh bersembunyi di sebalik tumbuh-tumbuhan terapung di dalam sungai sebelum menyerang manusia.

Dia juga menambah bahawa ikan piranha berkemungkinan besar menyerang ketika musim mengawan dan juga cuaca panas apabila paras air sungai adalah rendah.

Piranha biasanya bergerak secara berkumpulan dan piranha jantan biasanya menyerang untuk melindungi anak-anaknya ketika sasarannya sedang berada di dalam air. – AGENSI

Empat Pengunjung Pantai Korban Serangan Ikan Piranha, 20 Cedera

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker