Beliau cuma pakar bedah, Tiong kembali kecam Noor Hisham

Sebaran :

Beliau cuma pakar bedah, Tiong kembali kecam Noor Hisham

Seorang Ahli Parlimen Sarawak sekali lagi menyelar Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dengan mempertikai kelayakannya, malah mendakwa beliau sekadar pakar bedah dan bukan pakar kesihatan awam yang mampu menangani wabak.

Selepas dikecam kerana mengkritik Hisham dua tahun lalu, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini sekali lagi menyoal sama ada Hisham memang “orang terbaik untuk mengetuai perang terhadap Omicron”.

“Hakikatnya adalah beliau seorang pakar bedah, dan latar belakangnya bukannya sebagai pakar kesihatan awam.



“Mereka (Kementerian Kesihatan) jelas kurang berkelayakan namun tetap enggan menerima nasihat dari China yang memiliki pengalaman meluas dalam memerangi pandemik ini,” kata Tiong di Facebook. Tiong juga adalah Duta Khas Perdana Menteri ke China.

Katanya, orang ramai melihat kadar kematian akibat wabak rendah di China dan mempertikai kenapa Malaysia tidak mengguna pakai strategi seperti di negara itu.

“Dan kenapa Hisham masih belum digantikan? Berapa banyak lagi nyawa mesti diragut Covid-19 sebelum kita sedar beliau tidak patut dibenarkan terus memegang jawatan itu?”

Khairy Jamaluddin juga tidak ketinggalan menjadi “sasarannya”, apabila Tiong mempertikai sama ada Menteri Kesihatan itu mempunyai strategi jelas untuk negara ini memerangi varian Omicron.



“Dalam keadaan ini kita perlu menyoal sama ada beliau sebagai menteri mempunyai strategi untuk menghadapi kemungkinan senario terburuk, atau sekadar masih memegang pada pendekatan ‘langkah demi langkah’ buat masa ini?”

Dua tahun lalu, Tiong menyoal di Dewan Rakyat kenapa Hisham tidak melawat hospital untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan perubatan bertugas.

Beliau mendakwa, Hisham takut mati dan menuduhnya menagih publisiti menerusi laporan kesihatan hariannya. Tiong bagaimanapun memohon maaf selepas kata-katanya itu menerima kecaman hebat. FMT

Beliau cuma pakar bedah, Tiong kembali kecam Noor Hisham




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.