Darth Vader, Stormtroopers iringi majlis pengebumian peminat Star Wars

Darth Vader, Stormtroopers iringi majlis pengebumian peminat Star Wars

LONDON – Sekumpulan peminat filem sains fiksyen popular, Star Wars, menyertai perarakan pengebumian salah seorang ahli mereka, Paul Wadley dengan memakai kostum askar Stormtroopers, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wadley, 55, yang dikenali ramai kerana minatnya yang mendalam terhadap filem tersebut meninggal dunia pada 10 Disember 2021, disebabkan sejenis penyakit neuron motor.



Dia sebelum itu terkenal kerana menghasilkan sendiri kostum watak droid daripada filem francais Hollywood itu, C-3PO, yang amat serupa dengan kostum sebenar.

Balu Wadley, Sonja Wadley berkata, majlis pengebumian itu berlangsung mengikut apa yang diinginkan oleh suaminya.

“Ia amat sempurna dan hebat. Majlis pengebumian itu berlangsung sama seperti yang diingini oleh mendiang.

“Wadley yang merancang semuanya, saya hanya menganjurkannya dan ia berlangsung dengan amat lancar,” katanya.



Dalam majlis tersebut, rakan-rakan dan ahli keluarga Wadley serta para peminat filem Star Wars turut hadir sambil memakai pelbagai kostum watak-watak filem itu termasuk Stormtroopers, Darth Vader dan R2-D2 bagi memberi penghormatan terakhir kepada lelaki tersebut. K Online

Darth Vader, Stormtroopers iringi majlis pengebumian peminat Star Wars


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker