Tahukah Anda Roti Punca Badan Tak Susut, Disini Ada 4 Langkah Mudah Capai Berat Ideal
Tahukah Anda Roti Punca Badan Tak Susut, Disini Ada 4 Langkah Mudah Capai Berat Ideal
TAHUN 2022 telah tiba, rata-rata di antara kita membuat azam untuk tahun baru, termasuklah menurunkan berat badan.
Tidak ada sebarang makanan pun yang secara automatiknya boleh membuat penambahan atau penurunan berat badan dengan mudah dan cepat.
Jika anda sedang berusaha membina bentuk tubuh yang menarik, pastikan elak empat makanan ini agar rancangan penurunan berat badan tidak terjejas.
1. Roti
Penduduk barat biasanya mengamalkan pemakanan roti dengan kerap sehingga berasa cepat lapar.
Sebenarnya roti adalah karbohidrat halus yang boleh menggagalkan matlamat kesihatan kita untuk menurunkan berat badan.
“Kita cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada yang kita perlukan, kerana roti tidak membuatkan kita berasa kenyang sebaliknya hanya menambah berat badan,” kata pakar diet Jinan Banna, PhD, RD.
Justeru, Banna berkata kandungan serat yang diperlukan dalam roti putih telah hilang, dan adalah lebih baik untuk memilih bijirin penuh untuk mengelakkan penambahan berat badan.
2. Makanan goreng
Pengambilan makanan yang menggunakan minyak berlebihan di kalangan penduduk Malaysia kini berada di tahap yang membimbangkan.
“Sebagai contoh, kentang goreng mengandungi kalori yang tinggi, apabila kita mengambil lebih banyak kalori yang diperlukan badan sehingga mengganggu sistem pembakaran dalam tubuh, ia akan menyebabkan pertambahan berat badan dan lebihan minyak akan mengakibatkan wajah berminyak,” kata Banna.
Banyak kajian membuktikan bahawa makan makanan bergoreng dikaitkan dengan punca peningkatan berat badan berlebihan sehingga mengalami obesiti.
Dalam pada itu, menurut British Medical Journal individu berisiko obesiti disebabkan oleh faktor genetik disarankan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng.
3. Stevia (pengganti gula)
Pakar diet di The Consumer Mag, Janet Coleman, RD, berkata pengganti gula adalah punca kecacatan kita untuk menurunkan berat badan.
“Perlu diingati, walaupun pengganti gula mempunyai sifat kalori, ia masih menyebabkan peningkatan paras glukosa dalam darah yang boleh menjejaskan usaha kita untuk menurunkan berat badan.
“Kajian juga menunjukkan bahawa pengganti gula mungkin menggalakkan penambahan berat badan kerana kesannya terhadap sensitiviti insulin,” kata Coleman.
4. Makanan rendah serat
“Kita harus mengelakkan kandungan makanan yang rendah serat seperti roti canai, kek beras, keropok, dan makanan lain yang bukan bijirin penuh kerana ia boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.
“Serat melambatkan pengosongan gastrik, yang membuatkan kita berasa kenyang lebih lama jadi potensi untuk kita makan berlebihan akan kurang.
Beliau berkata kanji tahan merupakan salah satu jenis serat yang penting dalam menurunkan berat badan.
“Apabila ia sampai ke usus besar, kanji tahan terhadap bakteria baik. Proses penghadaman ini akan mengasingkan produk sampingan yang menyebabkan peningkatan tindak balas insulin badan, di samping mengurangkan simpanan lemak di sekeliling pinggang,” jelas pakar diet Kara Landau, RD
Tahukah Anda Roti Punca Badan Tak Susut, Disini Ada 4 Langkah Mudah Capai Berat Ideal
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU</a