Dah ada bau-bau PKP – Netizen

Dah ada bau-bau PKP – Netizen

Peningkatan kes varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini melahirkan kegusaran dalam kalangan orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai mula meluahkan kerisauan jika terpaksa berdepan dengan sekatan penuh seperti yang berlaku sebelum ini.



Ramai dilihat sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian.

“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati,” luah Lyza Emyza.

“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP,” ujar Nur Amira.

Omicron merupakan varian terbaharu Covid-19 yang diumumkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan diklasifikasi sebagai variant of concern (VoC) sejak 19 November lalu.



Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan. K Online

Dah ada bau-bau PKP – Netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker