Bantuan banjir untuk Sabah sebanyak RM108J – Ismail

Bantuan banjir untuk Sabah sebanyak RM108J – Ismail

Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan RM108.51 juta kepada Sabah bagi membantu negeri itu yang terjejas banjir baru-baru ini.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM90.86 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak akibat banjir termasuk jalan raya dan jambatan yang menghubungkan penduduk Sabah.



“Sekarang, kita baru dapat senarai ini (kerosakan infrastruktur awam) dan senarai ini akan disemak oleh Jabatan Kerja Raya serta pihak berkaitan. Arahan saya ialah perlu disegerakan semua bukan sahaja pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) tetapi infrastruktur juga perlu disegerakan.

“Mereka yang terlibat dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tak mahu menambah kesusahan mereka apabila infrastruktur di kawasan masing-masing juga terjejas dan rosak. Ini boleh mengganggu mungkin dari segi aktiviti ekonomi mereka, jadi kalau boleh kita segerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan BWI dan bakul makanan kepada 206 keluarga mangsa banjir Kota Marudu yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Ismail berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak RM1.19 juta diperuntuk bagi pemberian BWI sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir, bantuan barangan keperluan asas (RM3.67 juta) dan bantuan pembaikan kecil rumah RM5,000 (RM2.74 juta).



Ia turut meliputi baik pulih rumah maksimum RM14,999 (RM7.81 juta), bina baharu rumah maksimum RM56,000 (RM1.17 juta), baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat elektrik (RM643,400) dan baucar diskaun pembaikan kenderaan (RM31,000).

Beliau berkata, pengagihan BWI kepada mangsa banjir di seluruh negara kini mencapai 90% dan akan selesai dalam masa terdekat.

“Saya nak katakan (bantuan ini akan disalur) sebelum mereka balik (ke rumah masing-masing) kalau boleh kita bagi.

“Saya tak nak membandingkan tapi ini merupakan yang terpantas dalam sejarah negara dari segi pembahagian BWI,” katanya. FMT



Bantuan banjir untuk Sabah sebanyak RM108J – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker