Abang Viva Setuju Terima 4×4 Tanpa Syarat, Usahawan Sha Hassan Terpaksa Jelaskan Tuduhan [VIDEO]

Abang Viva Setuju Terima 4×4 Tanpa Syarat, Usahawan Sha Hassan Terpaksa Jelaskan Tuduhan [VIDEO]

Kalau korang terlepas cerita tentang Abang Viva yang jadi hero bantu mangsa banjir, memang tak patut la. Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir semua kawasan yang terlibat banjir dia akan datang dengan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bot di atas bumbung.

Kisah Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dijadikan inspirasi rakyat Malaysia untuk turun membantu mangsa banjir. Hinggalah baru-baru ini seorang usahawan wanita ingin memberikan hadiah sebuah kereta pacuan empat rota (4×4) kepada beliau.

Setuju terima pemberian jika tidak terikat dengan sebarang syarat

Sebaik sahaja mengetahui niat pengasas Shalicious Empire Sdn. Bhd, iaitu Sha Hassan, Abang Viva mengakui terharu dengan pemberian terbabit, bagaimanapun hanya akan menerimanya jika tidak terikat dengan apa-apa syarat.



Selepas melakukan perjumpaan dan berbincang, akhirnya mereka berdua mencapai persetujuan. Ini dapat dilihat dari perkongsian Sha Hassan yang menyatakan rasa syukur kerana segala urusan dipermudahkan.

Ramai masih tuduh Sha hanya sekadar marketing, hari-hari tanya mana kereta?

Macam biasa, ada sahaja netizen yang tidak senang dengan kebaikan yang cuba dilakukan seseorang. Sebaik sahaja Sha memaklumkan Abang Viva sudah bersetuju untuk menerima pemberian mereka, netizen mula mempersoal di mana kereta terbabit? Ada juga yang menuduh kebaikan yang dilakukannya hanya sekadar gimik marketing perniagaannya.

Disebabkan itu Sha terpaksa tampil sekali lagi menjelaskan segalanya. Sha memaklumkan bahawa kebanyakkan kedai kereta sudah kehabisan stok dan walaupun bayar secara tunai, mereka tetap terpaksa menunggu 2 hingga 3 bulan.



VIDEO DIBAWAH:-

Kita nak update la since hari-hari orang tanya kita “mana keretanya? Sudah naik nama senyap dah? Memang marketing jelah kan? Macam ni awak, sekarang kereta banyak 4×4 yang tidak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekalipun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tapi tak puas hati la pula. Alang-alang bagi, bagi yang ok sikit la.
Ramai yang banyak membantu sampai ke kl selangor, kelantan, terengganu carikan. Semalam finally alhamdulillah kita dah dapat 1 unit yang ngam sesuai dgn abg ni.

Abang Viva tidak tanya langsung tentang kereta

So semalam dah settle booking, tapi tetap kena tunggu dalam 1 minggu +- untuk settlekan semua benda. sabar nohh korang, abg viva ni santai je. sha mesej dia tunjuk gambar yang tu yang ni dia jawab “mana mana pun boleh. x kisah” dia tidak tanya apa langsung 😅 baik betul orangnya.

 

DIharapkan penjelasan dari Sha menjawab dan korang hentikanlah dari membuat sebarang tuduhan melampau. Percaya sahaja pada rezeki masing-masing dan turut terpanggil untuk berkongsi tentang usahawan Sha juga adalah rezeki dari Allah untuk diirnya secara tidak langsung.

Cerita ‘Abang Viva’ hero banjir kesayangan Malaysia… Selesa gerak solo – “Kalau ikut NGO kena tunggu arahan”

TERKENAL dengan jolokan ‘Abang Viva’, pemuda berasal dari Melaka ini berkata dia selesa untuk bergerak secara bersendirian dalam membantu mangsa-mangsa banjir pada masa akan datang.



Menurut Azwan Omar, 29, dia ada menerima pelawaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama namun masih belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana kumpulan.

“Ada juga NGO yang nak bergabung dengan saya tapi bagi saya, saya lebih suka jalan sendiri.

“Saya tak nak terikat dengan mana-mana badan NGO atau yang berkaitan.

“Apabila dah terikat dengan NGO ni saya rasa macam kita perlu tunggu arahan… perlu minta kebenaran untuk selamatkan orang atau bantu orang lain. Ia susah untuk saya,” katanya kepada mStar.



Kisah mengenai Azwan tular di media sosial selepas sanggup datang dari Melaka ke Selangor dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi menyelamatkan mangsa banjir di Selangor baru-baru ini.

VIDEO DIBAWAH:-

Kredit: Instagram Sha Hassan , OHM, mSTAR

Abang Viva Setuju Terima 4×4 Tanpa Syarat, Usahawan Sha Hassan Terpaksa Jelaskan Tuduhan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker