Tinggal 2.3% untuk capai 100% populasi dewasa lengkap vaksinasi

Tinggal 2.3% untuk capai 100% populasi dewasa lengkap vaksinasi

Sebanyak 2.3% sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100% populasi dewasanya lengkap divaksinasi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Setakat semalam juga, 98.9% atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak. FMT

Tinggal 2.3% untuk capai 100% populasi dewasa lengkap vaksinasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker