Pengguna perlu bersedia, harga siling ayam, telur dijangka meningkat - Nanta Linggi — MYKMU.NET

Pengguna perlu bersedia, harga siling ayam, telur dijangka meningkat – Nanta Linggi

Sebaran :

Pengguna perlu bersedia, harga siling ayam, telur dijangka meningkat – Nanta Linggi

Pengguna perlu bersedia dengan peningkatan harga siling ayam segar dan telur sejurus Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), tamat Februari ini.

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pengguna dan penternak yang terpaksa menanggung peningkatan kos operasi perniagaan.

Beliau berkata, pihaknya mengakui penetapan harga beberapa barangan keperluan termasuk ayam segar yang kini berada di paras harga siling RM9.10 sekilogram sedikit kompleks untuk diselaraskan dalam memastikan bekalan mencukupi di seluruh negara.
Ujarnya, jangkaan kenaikan harga dibuat menerusi sesi libat urus yang diadakan KPDNHEP bersama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Industri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan persatuan penternak semalam.

Kerajaan juga akan mengkaji semula harga siling selain mencari mekanisme terbaik supaya tiada mana-mana pihak terbeban dengan penyelarasan harga yang ditetapkan.



“Sejauh mana kita boleh buat kawalan harga itu? Kalau terlalu lama ia akan jejaskan industri penternak ayam.

“Betul, kita kena bersedia. Peratusannya tidak pasti tetapi jangan risau KPDNHEP jaga kepentingan pengguna. Kita sentiasa buat libat urus,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, Jasin pada Jumaat.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya menyedari penyelesaian tuntas perlu dilakukan segera dan harga bekalan itu juga mungkin boleh mencatatkan penurunan mendadak sekiranya ayam bulat sejuk beku mula berada di pasaran negara.

Ini kerana ujarnya, sekiranya bekalan melebihi jumlah pemintaan, sekali gus akan berlaku persaingan yang boleh menyebabkan penurunan harga.-AA



Pengguna perlu bersedia, harga siling ayam, telur dijangka meningkat – Nanta Linggi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: