Dari personal shopper ke pemilik butik beg tangan Sellection

Dari personal shopper ke pemilik butik beg tangan Sellection

Kisah pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin ini cukup menginspirasikan dan pernah tular di media sosial sebelum ini.

Mengimbas kisah permulaan kejayaannya, beliau pernah melakukan pelbagai kerja ketika berhijrah ke Montreal, Kanada sekitar tahun 2014.

Ia termasuk menjadi pembantu dapur, bekerja di hotel dengan melakukan kerja-kerja mengemas dan membersih namun mendapat gaji hanya $10 (sekitar RM42) sehari, semua itu bagaimanapun adalah demi usahanya untuk membantu suami dan menambah sumber pendapatan.

Ketika itu, anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengikut suami tersayang, Abdul Hadi Wisman yang bekerja di sana.

Namun, siapa sangka, gerak hatinya untuk mencuba nasib dengan menjual kek muffin pisang hasil resepi ciptaan sendiri di kafe sekitar Montreal, akhirnya membawa tuah buat empunya diri.

“Kalau diingat semula, memang gigih saya berjalan kaki dari satu kafe ke satu kafe di Downtown Montreal untuk memberi ‘tester’ muffin pisang. Saya dipandang jelek, kena ‘reject’ dan tidak ada siapa ingin menerima kerana saya wanita Muslim dan bertudung.

“Tapi ia langsung tak mematahkan semangat dan saya terus kuat mencari peluang tanpa mengalah,” katanya.

Kesungguhan Rafidah ini turut menjadi asbab kepada laluan rezeki dan kejayaannya kini.

“Jika dikenang semula semua kisah itu, saya ada kalanya menangis dalam kegembiraan. Hasil duit jualan muffin itu, saya hargai diri dengan membeli beg tangan berjenama pertama di Montreal Premium Outlet.

“Lalu, terlintaslah idea untuk menjadi ‘personal shopper’. Ambil pesanan dan tempahan daripada rakyat Malaysia yang berhajat nak barangan berjenama dari sini. Masa itu niat nak beri peluang mereka yang lain untuk merasa pakai barangan mewah dan berjenama dengan harga mampu milik jenama dari Amerika Syarikat.

“Niat itu dipermudahkan, hingga saya tak sangka boleh memiliki perniagaan menjual beg tangan dan aksesori fesyen wanita dan lelaki yang tulen berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil dan Kate Spade,” katanya.

Bermula menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah untuk mengetengahkan perniagaan itu pada tahun 2014, Rafidah kemudiannya membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada tahun 2018 dengan menubuhkan jenama Sellection.

Ia disusuli dengan mewujudkan domain laman sesawang www.sellection.com

Kini, Sellection.com – Branded Fashion Outlet ialah platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia.

Menariknya, jenama ini menyediakan pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali buat semua pelanggan.

Pun begitu, berikutan fasa pandemik Covid-19 yang melanda, Rafidah juga berdepan dengan cabaran bila mana, butik fizikal terpaksa ditutup dan tidak dapat meneruskan operasi.

“Mujur laman sesawang menjadi penyelamat waktu getir ini kerana 80 peratus jualan diraih daripada situ. Pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian dengan mudah dan cepat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

“Insya-Allah tiada aral, butik lama akan berpindah ke lokasi baru yang lebih besar tidak lama lagi,” katanya.

Membawa tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan, Rafidah telah berjaya merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan.

“Kami sangat terbuka menerima semua pelanggan tanpa mengira status atau latar belakang. Saya percaya menghargai dan menjaga pelanggan dengan baik adalah kekuatan perniagaan ini sejak ia ditubuhkan pada 2014.

“Ini terbukti dengan lebih 3,200 testimoni positif di laman sesawang kami. Begitu juga lebih 360 testimoni positif di carian Google setakat ini.

“Kami bukan sekadar menjual barang, tapi kami ingin memberi nilai dengan membantu pelanggan memilih beg tangan yang diingini serta memberikan tip penggayaan bersesuaian dengan personaliti mereka dan acara yang dihadiri,”katanya lagi.
Utusan

Dari personal shopper ke pemilik butik beg tangan Sellection


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker