Arab Saudi pertimbang sekali lagi hadkan haji tahun ini


Arab Saudi mempertimbangkan untuk melarang kemasukan jemaah haji dari luar negara buat tahun kedua berturut-turut dalam pada kes jangkitan Covid-19 meningkat di seluruh dunia.

Kemunculan varian baharu Covid-19 turut membimbangkan pihak berkuasa, kata dua sumber hari ini.

Tindakan itu akan mengehadkan ibadat haji di Makkah untuk rakyat Arab Saudi dan penduduk di negara itu yang telah disuntik vaksin atau sembuh daripada Covid-19 sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menunaikan haji.

Walaupun perbincangan diadakan mengenai kemungkinan mengenakan larangan jemaah luar, setakat ini belum ada keputusan muktamad, kata sumber itu.



Sebelum pandemik melanda, kira-kira 2.5 juta jemaah datang setiap tahun untuk mengerjakan ibadah haji di Makkah dan Madinah, yang menjana pendapatan kira-kira USD12 bilion setahun, menurut data rasmi.

Dua sumber yang maklum mengenai isu ini berkata pihak berkuasa menggantung perancangan awal untuk membenarkan jemaah dari luar negara.

Usia jemaah juga akan diteliti, kata salah satu sumber itu. Sumber kedua pula berkata kerajaan pada awalnya merancang membenarkan sejumlah jemaah yang telah disunik vaksin, namun menukar fikiran susulan kekeliruan berhubung jenis vaksin, keberkesanannya serta kemunculan varian baharu Covid-19.

Pejabat media kerajaan tidak dapat dihubungi untuk ulasan.



Arabia Saudi melarang kemasukan jemaah dari luar tahun lalu akibat pandemik berkenaan untuk kali pertama dalam sejarah moden, dengan hanya bilangan terhad jemaah terdiri daripada rakyat dan penduduknya dibenarkan.

Jangkitan Covid-19 masih meningkat di 35 negara di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 153,508,000 jangkitan dan 3,351,000 kematian dilaporkan akibat virus berkenaan. FMT

Jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi perlu ada insurans COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker