Jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi perlu ada insurans COVID-19



Sebaran :

Sedia rawatan kepada individu dilindungi insurans

Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

Syarat terbaharu itu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Langkah ini bertujuan untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada individu yang dilindungi insurans jika dijangkiti COVID-19.



Polis akan panggil Neelofa, suami beri keterangan

Tindakan itu bagi melindungi mereka sepanjang tempoh berada di negara itu dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan, tambah SPA. -Bernama


Sebaran :


Leave a Reply