Cadangan pinjaman rumah dua generasi tak masuk akal

Generasi muda akan tanggung hutang rumah ditinggalkan ibu bapa

 Cadangan Better Malaysia Foundation (BMF) kepada kerajaan berhubung rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, isi rumah B40 – dilihat tidak masuk akal dan patut ditentang semua pihak.

Cadangan itu antara lain merangkumi usul supaya kerajaan menjamin pinjaman (bagi B40 memiliki rumah), pembiayaan 100 peratus serta jangka masa kewangan yang lebih panjang hingga 60 tahun untuk pinjaman rumah.

Untuk pembeli rumah golongan B40, pihak bank dan institusi kewangan menyediakan pembiayaan 100 peratus untuk dua generasi, selama tempoh 40 ke 60 tahun, agar pembayaran balik pinjaman mampu diuruskan oleh pembeli, kata pengasas dan pengerusi BMF, Tan Sri Vincent Tan.

Membantah cadangan berkenaan, Ketua Belia PEMBELA, Nor Aizat Rahimi berkata, generasi anak muda akan menanggung hutang perumahan dibeli oleh ibu bapa mereka sekiranya cadangan itu diterima kelak.

“Ini pastinya akan mengikat komitmen generasi akan datang dan tidak langsung menyelesaikan masalah miskin bandar yang ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Maza tegur menteri, artis dan pendakwah selebriti

Atas dasar itu, Nor Aizat menggesa kerajaan untuk tidak melayan permintaan luar akal yang dicadangkan oleh pihak kapitalis berkepentingan itu.

Sarannya, kerajaan juga harus mendesak pihak pemaju kapitalis itu untuk menurunkan harga rumah yang dibina dan bukan terus mengaut keuntungan melampau, meskipun atas nama ‘rumah mampu milik’.

“Kerajaan seharusnya mencari formula tuntas bagi memastikan harga rumah sekarang dapat diturunkan. Sudah tiba masanya untuk kerajaan berhenti melayan permintaan-permintaan luar akal daripada pihak pemaju kapitalis ini,” katanya.

Nor Aizat berkata, budaya masyarakat di negara ini semestinya tidak sama seperti masyarakat di negara lain yang terikat dengan had jumlah ahli keluarga dan pelbagai lagi syarat antikemanusiaan hanya bagi memuaskan nafsu kapitalis.

“Adakah kita ingin melahirkan satu masyarakat masa depan yang terhimpit dengan beban kewangan keluarga dan hidup bekeluarga dalam ruang sempit?

“Sudahlah sebelum ini kerajaan telah menurunkan had harga rumah yang boleh dimiliki oleh warga asing hanya semata mata untuk melayan kehendak pemaju yang berkepentingan menjual semua rumah mereka,” katanya.

Polis akan panggil Neelofa, suami beri keterangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker