[VIDEO] ”Cik Man Dosa Tau!” Bila Syaitan Berbisik..Mantap Babak PU Azman Jadi Anak Derhaka Tarik Perhatian Ramai

Sebelum ini PU Azman atau lebih selesa menggelarkan dirinya Cik Man pernah berkongsikan satu video babak lakonannya di sosial media dan telah meraih perhatian ramai. Dalam video tersebut kelihatan Cik Man melakonkan watak sebagai seorang anak derhaka kepada ibunya.

Kedengaran Cik Man menengking ibunya biarpun penampilannya yang masih memakai kopiah di kepala. Bagaimanapun, baru-baru ini Cik Man memuat naik satu lagi video babak lakonannya itu. Kali ini lakonannya itu masih menengking ibunya dan ayat yang terpacul dari mulut Cik Man memang kasar dan deep habis!

Disebabkan perkongsian tersebut, lakonan PU Azman jadi bualan ramai lagi. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dikongsikannya menerusi laman Instagram:

Di ruangan kapsyen, Cik Man menulis ayat yang terkeluar dari mulutnya itu tiada dalam skrip. Malah ia terkeluar disebabkan dia yang terlalu menghayati watak. Apa-apa pun lakonan PU Azman ini memang hebat dan menjadi. Malah rakaman ini sudah meraih lebih setengah juta tontonan.

Rata-rata netizen memuji lakonannya itu dan meninggalkan reaksi mereka tersebut di ruangan komen seperti berikut:

Che Man ni dah melampau tauuu

Lakonan Cik Man sentiasa terbaik. Semoga Cik Man dipermudahkan urusan selalu aminnn

Cik Man jangan kurang ajar dengan mak. Ingat Allah bayar cash dunia akhirat!

HCL

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker