Bapa terseksa tidak dapat jumpa anak sendiri

Sebaran :

Bapa terseksa tidak dapat jumpa anak sendiri

Ada yang dapat jumpa anak hanya dua jam selang seminggu atau empat jam selang seminggu di restoran atau sekadar meluangkan masa bersama-sama di padang.

Itu antara luahan hati diterima oleh Persatuan Hak Bapa Malaysia daripada golongan bapa yang sudah berpisah dengan bekas isteri serta berdepan masalah untuk berjumpa zuriat mereka.

Presidennya, Malcolm Fernandez berkata, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), golongan bapa tersebut tidak berpeluang bertemu dengan anak berikutan tidak boleh bertemu di luar ditambah lagi ada pusat beli-belah tidak membenarkan kanak-kanak memasuki tempat tersebut.



“Jadi mereka berhubung secara panggilan video namun ada yang meluahkan hanya dapat berbual-bual kira-kira 20 minit atau sekadar bertanyakan ‘hello daddy, bye’. Mereka nak berjumpa tapi perlu ikut perintah mahkamah.

“Ini bukan perkara rekaan malah ada golongan bapa ini setiap hari menghadapi mimpi ngeri apabila bangun tidur, tak dapat lihat anak dan perkembangan mereka sekali gus seksaan bukan hanya kepada bapa tetapi anak yang tidak berdosa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, hampir 20 orang bapa daripada Persatuan Hak Bapa Malaysia hadir memakai baju-T warna merah di Istana Kehakiman di sini bagi menyatakan solidariti kepada seorang bapa yang menghadiri kes di mahkamah hari ini dan ada juga sebahagian daripada mereka memegang gambar anak masing-masing.

Dalam pada itu, Fernandez berkata, persatuan tersebut ditubuhkan pertengahan Mei tahun lalu dan walaupun masih baharu, boleh dikatakan setiap ahli jawatankuasa tersebut menerima antara satu ke dua aduan setiap hari.



Sehubungan itu, katanya, mereka akan mengemukakan kertas cadangan berhubung reformasi perundangan untuk hak penjagaan kanak-kanak melibatkan mahkamah syariah dan mahkamah sivil kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada minggu depan. K Online

Bapa terseksa tidak dapat jumpa anak sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *