Sidang parlimen khas bermula 26 Julai – PMO

Sidang parlimen khas bermula 26 Julai – PMO

Parlimen akan bersidang 5 hari mulai 26 Julai, kata PMO

Parlimen akan bersidang selama lima hari mulai 26 Julai ini manakala Dewan Negara pula akan bersidang tiga hari mulai 3 Ogos, kata Pejabat Perdana Menteri.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kerajaan sudah bertuju menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perkara itu.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,” kata kenyataan itu.

Katanya, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua- dua Majlis Parlimen.

Jelas kenyataan itu lagi, mesyuarat akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” kata Pejabat Perdana Menteri lagi.

Terdahulu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen untuk mengadakan persidangan seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, iaitu sebelum 1 Ogos.

Dalam satu kenyataan bersama minggu lalu, Azhar dan Rais turut memaklumkan cadangan kepada perdana menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos sudah dibuat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. FMT

Sidang parlimen khas bermula 26 Julai – PMO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PKPD untuk siapa sebenarnya? – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker