Sidang khas parlimen bahas isu banjir 20 Jan – Ismail

Sidang khas parlimen bahas isu banjir 20 Jan – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan satu sidang khas parlimen bagi membahaskan isu banjir akan berlangsung bagi pada 20 Januari depan.

“Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan.



“Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sidang parlimen itu, jelas perdana menteri akan membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

“Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.



“Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk ahli-ahli parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir,” katanya lagi.

Sidang khas parlimen bahas isu banjir 20 Jan – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker