Aplikasi “bukan-bukan” punca kecurian wang dalam bank
Aplikasi “bukan-bukan” punca kecurian wang dalam bank
Memuat turun aplikasi dalam talian bagi tujuan mendapatkan diskaun menjadi punca berlakunya kecurian dalam akaun bank tanpa pengetahuan pemiliknya.
Pengasas syarikat perkhidmatan keselamatan siber LGMS, Fong Choong Fook berkata, mangsa selalunya terpedaya dengan tawaran diskaun sehingga memuat turun aplikasi daripada platform yang mencurigakan dan bukannya daripada platform konvensional seperti Google Play Store.
Beliau berkata, kebelakangan ini telah berlaku penipuan membabitkan penawaran pembantu rumah secara dalam talian dan mangsa telah memasuki laman “memancing maklumat” sehingga kerugian RM10,000.
LGMS yang dilantik oleh pihak bank untuk menyiasat kes berkenaan telah mengesan lebih banyak kes membabitkan pencerobohan menggunakan kata laluan pemilik akaun.
Kata Choong Fook kepada Sinchew Daily, penipu akan menggunakan media sosial untuk menjanjikan pelbagai diskaun kepada pengguna yang memuat turun aplikasi tertentu.
“Aplikasi berkenaan sebenarnya mempunyai virus Trojan yang boleh mencuri maklumat seperti kata laluan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari bank.
“Mangsa akan dibawa ke sebuah laman palsu dan ketika mereka memasukkan kata laluan, maklumat itu akan dihantar ke pelayan (server) di Amerika Syarikat.
“Maklumat dan kata laluan mangsa juga segera digunakan untuk memasuki laman web perbankan yang sebenar untuk memindahkan duit mereka kepada penjenayah,” katanya kepada Sinchew Daily.
Jelasnya, ramai mangsa tidak menyedari mereka telah “memberi kuasa” kepada aplikasi untuk membaca maklumat SMS dan juga kata laluan sekali guna (OTP) apabila mereka memuat turun aplikasi berkenaan.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya hanya memuat turun aplikasi daripada platform sah seperti Google Play Store.
“Google akan melakukan semakan berlapis-lapis dan memastikan keselamatan satu aplikasi. Adalah tidak mudah untuk meletakkan aplikasi dalam Google Play Store.
” Walaupun pernah berlaku kes aplikasi perisik dalam Play Store juga, tetapi kejadian seperti ini adalah sangat jarang,” katanya. MG
Aplikasi “bukan-bukan” punca kecurian wang dalam bank
Baca Artikel Menarik :
- Ameera Khan bakal diambil tindakan oleh GSC?
- Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM
- Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran
- Bayi hendak dikebumi didapati masih bernyawa
- Waris minta mahkamah bekukan RM10 juta – Pengetua Tahfiz
- UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri
- Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?
- Zarina Anjoulie kena kecam cium Iqram Dinzly
- Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa
- Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam
- Lakukan provaksi selepas dikompaun letak motosikal di parkir OKU
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)
Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz